Thursday, 26 July 2012

26/7/2012: SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA
Admin mengucapkan Selamat Beribadah kepada semua warga guru dan kakitangan SK Sungai Dua, tidak ketinggalan buat semua murid dan seluruh umat Islam dimana jua berada. Mudah-mudahan kita bersungguh-sungguh mencari keampunan serta perbendaharaan di sisi Allah SWT. Maaf jua dipohon pada semua atas salah dan silap saya...

Sunday, 15 July 2012

Selamat Hari Lahir Pada Guru dan Murid Yang Lahir Bulan Julai

Bersempena dengan program Guru Penyayang dan Sekolahku Rumahku, maka pada sambutan Hari Lahir untuk para guru dan murid SKSungai Dua diadakan. Pada Bulan Julai ini seramai 22 orang murid dari pra sekolah, tahun1hingga tahun 6telah diraikan. Manakala 2 orang guru yang turut menyambut hari lahir pada bulan Julai ini. Tahniah Admin ucapkan kepada mereka semua. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa..Pn Guru Besar telah sudi menyampaikan kad-kad ucapan kepada semua murid dan guru yang terlibat.



Saturday, 14 July 2012

Karnival Sukan Dan Permainan Bawah Sebelas Luar Musim 2012

15hb Julai 2012: Setelah hampir 3 minggu perlawanan berlansung, maka tiba lah masa dinantikan iaitu majlis penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang bertanding. Antara pertandingan yang diadakan sepanjang karnival ini ialah Bolasepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Bola Baling . Kategori Lelaki dan Perempuan. Puan Guru Besar Hajah Azariah telah sudi menyampaikan semua hadiah-hadiah kepada para pemenang. Tahniah para pemenang.

Tahniah....

Friday, 13 July 2012

PROGRAM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN UNTUK PEMIMPIN PELAJAR

14hb Julai 2012. Badan kaunseling sekolah telah mengadakan program yang cukup bermakna bagi para Pengawas, Pengawas PSS, Ketua/Penolong Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam kursus kali ini. Acara dimulakan dengan pendaftaran diikuti solat hajat dan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh En Tn Zailani b Tn Man Guru Kaunseling dari SMK Badak Bachok Kelantan. Tahniah kepada Pn Jamilah Salleh selaku kaunselor sekolah yang berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga impian  dan hasrat melahirkan bakal pemimpin yang hebat akan terlaksana.

11hb Julai 2012: LATIHAN KEBAKARAN 2012

Berkat kerjasama antara Guru Pelatih dan Pihak Pengurusan Sekolah serta Guru-guru dan murid satu latihan kebakaran telah berjalan dengan jayanya. Latihan kebakaran ini dimulakan dengan bunyi loceng amaran kebakaran diikuti dengan murid dan semua kakitangan berkumpul di padang. Hal berikutnya ialah taklimat tentang kebakaran oleh Pegawai Bomba dari Pejabat Bomba Daerah Bachok yang kemudiannya menunjukkan cara-cara mengawal kebakaran. Tahniah kepada semua yang telibat.






Thursday, 12 July 2012

Senamrobik Serentak 1M1S1M, Lrian Merentas Desa dan Karnival Keseniaan 2012

Pada 10hb Julai 2012, Kementerian Pelajaran telah menetapkan satu program Senamrobik Serentak 1M1S yang berlasung diseluruh sekolah di Malaysia. Sekolah Kebangsaan Sungai Dua juga tidak ketinggalan dalam menyertai program tersebut. Semua guru dan kakitangan serta murid begitu semangat melakukan senamrobik berkenaan.

Sebaik habis acara senamrobik,acara larian merentas desa diadakan. Acara ini melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6. Sebanyak 120 hadiah disediakan.

Selesai larian merentas desa acara Karnival Kesenian pula diadakan. Acara pertandingan Congkak, Batu Seremban dan Wau Sobek dipertandingkan. Manakala tahun1 dan 2 pertandingan melukis telah dilaksanakan. 

 Pendaftaran Senamrobik dan Larian Merentas Desa
 Mula Bersenam

 Pn Azariah(Guru Besar) dan Guru-Guru Yang Menjadi Instuktur
 Jejaka Gelombang Merah-PK HEM dan Para Guru Yang Macho-Macho
 Lawan Congkak- Keluar semua skill lama tu bos!
 Batu Seremban..lambung dan sambut dik!
Antara Kumpulan Wau Sobek
Antara Pemenang
Semua Pemenang Bersama PKKO- 1Malaysia