Friday, 12 October 2012

11-10-2012: Majlis Penyampaian KWAPM

KWAPM- KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN, merupakan salah satu inisiatif kerajaan membantu golongan pelajar agar semuanya dapat meneruskan persekolahan  dan tiada keciciran berlaku. Majlis penyampaian KWAPM kali ini telah disempurnakan oleh wakil PPD iaiti En Mohd Fatma Bin Mohd Zain. Seramai 49 orang ibubapa murid tahun 1 hadir bagi menerima wang KWAPM .


Tuesday, 9 October 2012

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK SUNGAI DUA 2012


PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM SKSD 2012

1.NAMA PROGRAM : PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM SKSD  2012

2. TEMA : PELAJAR CERGAS, PELAJAR CERDAS
 

3. TARIKH : 4hb hingga 6 Okt 2012

4. TEMPAT : Chalet Sri Telong

5. RASIONAL :


Memenuhi keperluan inspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik berat matlamat membentuk dan melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

6. OBJEKTIF :
 

1.Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada peserta perkhemahan mengenai aktiviti luar bilik darjah.
2. Melatih dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan patuh kepada peraturan perkhemahan atau dengan lain perkataan mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam diri peserta.
3. Melatih peserta perkhemahan berdikari dalam melakukan aktiviti harian sepanjang masa perkhemahan berbanding dengan suasana di rumah tanpa mengharapkan bantuan ibubapa.

7. MATLAMAT :

Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli Unit Uniform kepada aktiviti luar berkumpulan melalui unit yang diceburi.Melalui perkhemahan ini juga murid dapat bersaing dan bertanding dalam aktiviti yang di rancang.Pengalaman ini penting bagi ahli unit yang terpilih mewakili sekolah dalam perkhemahan dan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

8. KUMPULAN SASARAN
Murid - murid Tahap 2 khasnya murid Tahun 5 dan Tahun 6 dari Unit Beruniform iaitu :
Pengakap : 23 orang
PBSM : 23 orang
TKRS : 23 orang
Puteri Islam : 23 orang
Tunas Puteri : 23
St. John Ambulans : 23
Kelab Taekwondo : 22
JUMLAH : 160 Orang

9. PENGISIAN PROGRAM

1. Kawad Kaki
2. Kembara malam
3. Pertandingan –Kawad,Gerak minda,gajet dan pertandingan memasak, malam kebudayaan
4. Riadhah,
5. Latihan berkumpulan pengisian kerohanian – solat berjemaah,kuliah maghrib/subuh dan Qiamullail
6. Pameran Kesihatan
7. Pemilihan Tokoh Ko-Kurikulum

Perasmian Pembukaan Oleh Wakil PPD En Azrul (Unit Ko PPD BACHOK)
Kembara Malam
Taklimat 
Tali Temali-Ikatan 
Pertandingan Masakan
Merentas Sungai 
 
Merentas Tayar
Merangkak Dalam Air
Mandi Sambil Cuci Baju dan Badan
Malam Kebudayaan
BBQ
Mengemas Khemah
 Bacaan Yassin dan Solat Berjemaah
Senaman Pagi...

27-29hb Sept 2012:LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUANTAN DAN KUALA TERENGGANU MURID TAHUN 6, 2012

Dengan kehendak dan izin Allah SWT, maka perancangan yg dibauat selama beberapa bulan akhirnya menjadi realiti. Lawatan sambil belajar yang melibatkan  35 orang pelajar dengan diiringi oleh 5 orang guru telah berlangsung pada 27- 29hb September setelah selesainya peperiksaan UPSR. Keceriaan jelas terpancar diwajah para murid yang menyertai lawatan kali ini.

Selain dari Taman Tema Air Gambang ,Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, para pelajar juga berkesempatan untuk melihat kawasan pemerosessan minyak diKertih dan juga kawasan pelancongan lain di sekitar Bandar Kuala Terenggau seperti Muzium dan Masijid Kristal. 

Tahniah dan terima kasih kepada AJK Lawatan sekolah serta guru pengiring yang bertungkus lumus menjayakan program ini. InsyaAllah lawatan seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan.







Tuesday, 25 September 2012

19 Sept 2012: MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Majlis ini telah disempurnakan dengan jayanya dengan harapan murid-murid dapat menghayati, memahami dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan serta menghargainya. Terima kasih pada semua guru dan murid yang menjayakan program ini. Sepanjang program pelbagai acara diadakan antaranya.. Nyayian lagu patriotik, bacaaan perutusan kemerdekaan, bacaan sajak patriotik, pertandingan mewarna dan poster, wau sobek kemerdekaan, Basikal patriotik dan kayuhan basikal merdeka di sekitar Kampung Sungai Dua. Tahniah kepada murid yang menang dan yang tidak menang cuba lagi tahun hadapan. TAHNIAH MALAYSIA KERANA MERDEKA!! JANJI DITEPATI !!




11- 13 Sept 2012: UPSR BERJALAN....

KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 6, SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN. SEMOGA SEMUANYA CEMERLANG!!!


9hb Sep 2012: Majlis Restu ILMU Pelajar Tahun 6, 2012

Satu majlis ringkas dibuat bagi memberi restu dan semangat kepada murid tahun 6. Guru Besar dan semua guru tahun 6 memberi amanat dan pesanan terakhir buat mereka. Beberapa orang ibubapa turut menyediakan " Pulut Semagat" bagi anak mereka. Guru-guru sempat menyuap pulut semangat kepada semua murid tahun 6. Majlis. Apa pun semoga semua mendapat keputusan cemerlang...









Thursday, 6 September 2012

29hb Ogos 2012: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Pada bulan yang mulia lagi penuh barakah ini telah diadakan suatu majlis yang sangat dinanti-nanti terutamanya oleh para murid-murid SK Sungai Dua, manakan tidaknya pada hari ini mereka mendapat "duit raya" dari para guru. Majlis sambutan Hari Raya kali ini diadakan dengan cukup sederhana tapi dalam suasana yang penuh muhibbah serta penuh keinsafan dan kesyukuran.

Majlis dimulai dengan ucapan Puan Guru Besar Hajah Azariah Bt Ahmad dan diikuti dengan tazkirah hari raya oleh Ustaz Mohd Safuan. Persembahan murid turut memeriahkan lagi suasana hari raya.
Murid-murid kelihatan ceria dengan berpakaian "Baju Raya" masing-masing. Beberapa acara seperti pertandingan membuat kad raya tercantik serta pakaian raya tercantik turut diadakan. Hadiah diberi pada para pemenang.
 
Para guru dan murid kemudian bersalam-salaman dan memohon kemaafan antara satu sama lain. Selesai bersalaman murid-murid dan guru berhimpun di kantin bagi menikmati juadah yang mereka bawa. Suasana cukup meriah dengan kehadiran pelbagai juadah dari murid dan guru. 

Tahniah pada guru dan murid yang berjaya menjayakan sambutan Hari Raya kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA WARGA SK SUNGAI DUA"..