Pada bulan yang mulia lagi penuh barakah ini telah diadakan suatu majlis yang sangat dinanti-nanti terutamanya oleh para murid-murid SK Sungai Dua, manakan tidaknya pada hari ini mereka mendapat "duit raya" dari para guru. Majlis sambutan Hari Raya kali ini diadakan dengan cukup sederhana tapi dalam suasana yang penuh muhibbah serta penuh keinsafan dan kesyukuran.
Majlis dimulai dengan ucapan Puan Guru Besar Hajah Azariah Bt Ahmad dan diikuti dengan tazkirah hari raya oleh Ustaz Mohd Safuan. Persembahan murid turut memeriahkan lagi suasana hari raya.
Murid-murid kelihatan ceria dengan berpakaian "Baju Raya" masing-masing. Beberapa acara seperti pertandingan membuat kad raya tercantik serta pakaian raya tercantik turut diadakan. Hadiah diberi pada para pemenang.
Para guru dan murid kemudian bersalam-salaman dan memohon kemaafan antara satu sama lain. Selesai bersalaman murid-murid dan guru berhimpun di kantin bagi menikmati juadah yang mereka bawa. Suasana cukup meriah dengan kehadiran pelbagai juadah dari murid dan guru.
Tahniah pada guru dan murid yang berjaya menjayakan sambutan Hari Raya kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA WARGA SK SUNGAI DUA"..
semoga sk sungai dua akan terus maju kehadapan dan akan dapat bersaing dgn sekolah-sekolah hebat yg lain di bachok khususnya dan di Kelantan amnya..InsyaAllah..
ReplyDelete