Saturday, 18 August 2012

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Percubaan UPSR 2012

Bagi menaikkan semangat murid-murid yang menduduki UPSR selepas Hari Raya Aidilfitri ini maka telah dilangsungkan majlis penganugerahan kecemerlangan Percubaan UPSR. Murid yang cemerlang bersama ibubapanya dipanggil umtuk menerima ucapan Tahniah dan Sijil serta Hadiah dari pihak sekolah.

Semoga penganugerahan ini akan menaikkan semangat pelajar tersebut serta pelajar lain untuk mengekalkan kecemerlangan atau untuk turut sama cemerlang. Ini adalah usaha yang tidak mengenal jemu oleh pihak sekolah dalam memertabatkan budaya kecemerlangan Akademik di sekolah ini.

Dalam majlis ini juga guru-guru yang mengajar subjek teras UPSR turut diberi cenderhati  di atas segala usaha yang tidak mengenal jemu dalam membimbing murid-murid tahun 6 pada tahun ini. Terima Kasih semua cikgu...!!

 Calun 5A insyaAllah
 Wah ..anak cikgu Jamilah juga Cemerlang. Tahniah!
Antara Guru Tahun 6 yang bersemangat Waja.. TQ cikgu!!

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Serentak dengan Majlis Pelancaraan Bulan Kemerdekaan, atas keprihatinan para pentadbir dan guru SK Sungai Dua turut berlangsung pada hari yang sama adalah "PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG".

Sebenarnya program ini sentiasa diadakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam program kali ini seramai 30 keluarga telah dipilih untuk mendapat sumbangan berupa wang dari pihak guru-guru sekolah. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan mereka yang terdiri dari keluarga miskin di sekitar Kg Sungai Dua dan Kg Telong di Daerah Bachok ini.

Tahniah pada semua guru dan murid dan terima kasih kepada yang menyumbang. Jasa kalian hanya Allah SWT sahaja yang membalasnya...

 Suasana Program

 Barisan Penerima Sumbangan


Antara Penerima Sumbangan

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Pada 26 Ramadhan 1433H bersamaan dengan 15hb Ogos 2012 telah dilancarkan satu program yang cukup bermakna iaitu " PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-55 DENGAN TEMA " JANJI DITEPATI" PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI DUA TAHUN 2012" 

Majlis dimulai dengan nyayian Lagu NegaraKu, Selamat Sultan, Lagu Sekolah serta 2 buah lagu patriotik iaitu "Jalur Gemilang" dan "Tanggal 31". Ini disusuli dengan ucapan Puan Guru Besar SK Sungai Dua . 

Tujuan majlis pelancaran ini dibuat adalah untuk menyemarakkan semagat "cinta pada tanah air" . Guru Besar dalam ucapannya berpesan agar murid -murid mengibarkan bendera "Jalur Gemilang" tanda cinta dan sayang pada negara ini. Guru Besar juga berpesan agar mengingati perit jerih pejuang-pejuang tanah air yang terdahulu. Sehubungan itu, beliau menyeru murid-murid dan guru-guru merapatkan segera barisan, meningkatkan perpaduan serta memupuk semangat supaya kemerdekaan negara dapat terus dipertahankan.

Kata beliau, kemerdekaan merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan berasaskan itu juga setiap rakyat atas satu suara, satu impian, satu harapan serta semangat 1Malaysia perlu berganding bahu supaya kemerdekaan yang dikecapi 55 tahun lalu sentiasa terpelihara.

Sebagai gimik pelancaran Guru Besar menyerahkan "Jalur Gemilang " kepada wakil murid.

 Banner Sambutan Kemerdekaan
 Ucapan Guru Besar
 Peneraju Majlis
Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Wakil Murid