Saturday, 18 August 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Pada 26 Ramadhan 1433H bersamaan dengan 15hb Ogos 2012 telah dilancarkan satu program yang cukup bermakna iaitu " PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-55 DENGAN TEMA " JANJI DITEPATI" PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI DUA TAHUN 2012" 

Majlis dimulai dengan nyayian Lagu NegaraKu, Selamat Sultan, Lagu Sekolah serta 2 buah lagu patriotik iaitu "Jalur Gemilang" dan "Tanggal 31". Ini disusuli dengan ucapan Puan Guru Besar SK Sungai Dua . 

Tujuan majlis pelancaran ini dibuat adalah untuk menyemarakkan semagat "cinta pada tanah air" . Guru Besar dalam ucapannya berpesan agar murid -murid mengibarkan bendera "Jalur Gemilang" tanda cinta dan sayang pada negara ini. Guru Besar juga berpesan agar mengingati perit jerih pejuang-pejuang tanah air yang terdahulu. Sehubungan itu, beliau menyeru murid-murid dan guru-guru merapatkan segera barisan, meningkatkan perpaduan serta memupuk semangat supaya kemerdekaan negara dapat terus dipertahankan.

Kata beliau, kemerdekaan merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan berasaskan itu juga setiap rakyat atas satu suara, satu impian, satu harapan serta semangat 1Malaysia perlu berganding bahu supaya kemerdekaan yang dikecapi 55 tahun lalu sentiasa terpelihara.

Sebagai gimik pelancaran Guru Besar menyerahkan "Jalur Gemilang " kepada wakil murid.

 Banner Sambutan Kemerdekaan
 Ucapan Guru Besar
 Peneraju Majlis
Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Wakil Murid


No comments:

Post a Comment