Majlis ini telah disempurnakan dengan jayanya dengan harapan murid-murid dapat menghayati, memahami dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan serta menghargainya. Terima kasih pada semua guru dan murid yang menjayakan program ini. Sepanjang program pelbagai acara diadakan antaranya.. Nyayian lagu patriotik, bacaaan perutusan kemerdekaan, bacaan sajak patriotik, pertandingan mewarna dan poster, wau sobek kemerdekaan, Basikal patriotik dan kayuhan basikal merdeka di sekitar Kampung Sungai Dua. Tahniah kepada murid yang menang dan yang tidak menang cuba lagi tahun hadapan. TAHNIAH MALAYSIA KERANA MERDEKA!! JANJI DITEPATI !!
Tuesday, 25 September 2012
9hb Sep 2012: Majlis Restu ILMU Pelajar Tahun 6, 2012
Satu majlis ringkas dibuat bagi memberi restu dan semangat kepada murid tahun 6. Guru Besar dan semua guru tahun 6 memberi amanat dan pesanan terakhir buat mereka. Beberapa orang ibubapa turut menyediakan " Pulut Semagat" bagi anak mereka. Guru-guru sempat menyuap pulut semangat kepada semua murid tahun 6. Majlis. Apa pun semoga semua mendapat keputusan cemerlang...
Thursday, 6 September 2012
29hb Ogos 2012: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
Pada bulan yang mulia lagi penuh barakah ini telah diadakan suatu majlis yang sangat dinanti-nanti terutamanya oleh para murid-murid SK Sungai Dua, manakan tidaknya pada hari ini mereka mendapat "duit raya" dari para guru. Majlis sambutan Hari Raya kali ini diadakan dengan cukup sederhana tapi dalam suasana yang penuh muhibbah serta penuh keinsafan dan kesyukuran.
Majlis dimulai dengan ucapan Puan Guru Besar Hajah Azariah Bt Ahmad dan diikuti dengan tazkirah hari raya oleh Ustaz Mohd Safuan. Persembahan murid turut memeriahkan lagi suasana hari raya.
Murid-murid kelihatan ceria dengan berpakaian "Baju Raya" masing-masing. Beberapa acara seperti pertandingan membuat kad raya tercantik serta pakaian raya tercantik turut diadakan. Hadiah diberi pada para pemenang.
Para guru dan murid kemudian bersalam-salaman dan memohon kemaafan antara satu sama lain. Selesai bersalaman murid-murid dan guru berhimpun di kantin bagi menikmati juadah yang mereka bawa. Suasana cukup meriah dengan kehadiran pelbagai juadah dari murid dan guru.
Tahniah pada guru dan murid yang berjaya menjayakan sambutan Hari Raya kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA WARGA SK SUNGAI DUA"..
Subscribe to:
Posts (Atom)